Pencetus kilat Kilat

Gunung berapi

Bahan gunung berapi ditujah tinggi ke dalam atmosfera boleh mencetuskan kilat.

Letusan gunung berapi yang teramat besar yang mengeluarkan gas dan bahan tinggi ke atmosfera boleh mencetuskan kilat. Fanomena ini pernah didokumenkan oleh Pliny The Elder semasa letusan AD79 di Gunung Vesuvius yang menyebabkan beliau terbunuh.[25]

Roket

Kilat pernah memanah Apollo 12 sebaik sahaja berlepas dan dipanah sekali lagi selepas letupan nuklear.[26] Kilat juga dicetuskan oleh pelancaran roket kilat yang membawa segelendong wayar ke dalam ribut petir. Wayar terurai menyediakan laluan untuk kilat. Panahan kilat biasanya lurus kerana laluan yang dihasilkan oleh wayar.[27]

Pesawat udara juga boleh mencetuskan kilat.[28]

Laser

Sejak 1970-an, penyelidik telah mencuba untuk mencetuskan panahan kilat dengan laser ultra ungu yang mewujudkan saluran gas terion hingga kilat dialirkan ke tanah. Pencetus kilat sebegini bertujuan untuk melindungi pelantar pelancar roket, kemudahan kuasa elektrik dan sasaran sensitif lain.[29][30][31][32][33][34]

Di New Mexico, Amerika Syarikat, saintis telah menguji laser terawatt baharu yang mampu mengganggu kilat. Saintis melancarkan denyutan ultra-pantas daripada laser yang sungguh berkuasa dan dengan itu menghantar beberapa terawatt ke dalam awan untuk menghapuskan nyahcas elektrik dalam awan ribut sekitarnya.

Alur dihantar dari laser membuat laluan molekul terion yang dikenali sebagai filamen. Sebelum kilat memanah bumi, filamen menghasilkan elektrik melalui awan, memainkan peranan sebagai rod kilat.

Penyelidik menjanakan filamen yang tidak kekal lama bagi mencetuskan panahan kilat. Bagaimanapun, kerangsangan aktiviti elektrik di dalam awan telah disahkan. Berdasarkan kepada saintis Perancis dan Jerman yang telah menjalankan uji kaji, denyutan pantas yang telah dihantar dari laser boleh mengganggu panahan kilat apabila diperlukan.[35]

Rujukan

WikiPedia: Kilat http://www.aldis.at http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?... http://www.archaeophysics.com/pubs/LIRM.html http://books.google.com/books?id=4L80AAAAMAAJ&pg=P... http://www.howstuffworks.com/Lightning.htm http://infoniac.com/science/terawatt-laser-beam-sh... http://green.nationalgeographic.com/environment/na... http://www.nature.com/news/2004/040906/pf/431120a_... http://www.newscientist.com/article/dn9293-physici... http://www.newscientist.com/channel/fundamentals/d...